Monday 31 March 2014

::Kengkadang::


Assalam..

Kadang-kadang aku tak faham
kenapa orang susah nak faham
Bahawa rezeki itu Allah punya

Kadang-kadang aku tak faham
Kenapa orang suka tanya soalan
Yang dia dah tahu kita tak ada jawapan

Kadang-kadang aku tak faham
Kenapa orang macam tak ada perasaan
Bila tanya soalan yang akan calar hati orang lain

Susah ke nak faham keadaan orang? Jodoh, anak, kerja, duit, itu semua Allah punya.
Kalau kita kata kita nak jugak, tapi Allah tak nak beri lagi, kita boleh dapat ke? Kau boleh bagi ke?
Mungkin kau tak rasa apa yang orang itu rasa. Sebab itu kau boleh bercakap sesuka rasa.
Cuba kau duduk tempat dia. baru kau tahu hati kau rupa apa. Sampai dah tak ada warna.

Tolonglah. Jagalah hati orang walau sekali. Tak ada rugi. Malah orang itu akan hargai.
Siapa yang taknak rezeki berlebih-lebih. Tapi rezeki itu milik Allah.
Perancangannya tak ada bandingan. DIA sebaik-baik perancang.
Bersangka baiklah selalu.
Hidup ini bagaikan roda. Kalau hari ini orang lain kutuk keji, esok lusa mungkin dia akan rasa
lebih dari ini.
La tahzan. Innallaha ma'ana.
Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuannya.