Saturday 14 February 2015

::TTC JoUrNey::


Assalamualaikum w.b.t,

Diharap anda semua sihat belaka. Lamanya tak buka blog. Actually lupa password. hehek. Tua dah kot. Sebenarnya hari ni nak share pengalaman sepanjang 3 tahun berusaha untuk dapat baby. Lama kan? wuwuwu.

Aku kawen hujung tahun 2011. Memang tak pernah planning pun. Memang kalau boleh nak ada baby cepat. Tapi tunggu punya tunggu tak jugak lekat-lekat. Masa tu fikir takpelah. Sabar je dulu. Lagipun duduk jauh dengan husband. Husband kat Kelantan dan aku di Johor. Jumpa kadang 2 minggu sekali, kadang sebulan sekali. Sedih kan. Wuwuwu lagi.

Masa tahun pertama berlalu macam tu je. Belum terfikir nak jumpa doctor ke apa. Masa tu orang sah start keep asking. Rimas. Bukan kita taknak pun. Siapa kawen taknak ada baby kan. Tapi husband banyak bagi semangat. Dia kata takpe, baru lagi. Ada lagi orang dah kawen lebih lama dari kitorang.

Then, masuk tahun kedua start jumpa doctor. Masa tu jumpa doctor klinik panel je. Kebetulan masa tu period aku tak betul. 2 bulan tak datang. Doctor check tapi negative. Then, dia bagi aku pil perancang Rigevidon, evening primrose oil dan asid folic. Doctor cakap dia nak betulkan hormon aku. Pil perancang tu kena makan 3 cycle. Husband macam tak setuju tapi aku pujuk, mana tahu berhasil. Tapi after makan pil perancang 3 cycle tu, jadi lagi problem aku tu. Period delay 2 months. Aku refer balik ke klinik tu. Doctor tu scan. And she said, i've cyst! Biar betul. Masa tu memang rasa nak nangis sangat. Risau. Tapi doctor tu cakap, takpe. Ukuran masih kecil and ada potensi untuk mengecut. Husband pun risau juga. Dia siap google apa supplement yang boleh kecutkan cyst. 

Tak lama lepas tu, aku dengan husband balik Melaka. Cerita dekat akak ipar aku (kakak husband). Kitorang kawen saing-saing. After a year kawen, dia da pregnant. Dia kerja as staff nurse kat Putra Specialist Hospital Melaka. Dia suggest jumpa pakar gynea terus. So, aku dengan husband pun decide pegi jumpa pakar. Doctor tu lelaki, cina. okayyyy. Haha. Tapi dia bagus. Memula sekali masa datang dia interview dulu. Berapa lama kawen, berapa kali bersama sebulan, husband merokok ke tak, period regular ke tak. After tu, dia suruh baring sebab nak scan through vagina (TVS). Masa tu buang jauh-jauh perasaan malu. Fikir sebab nak baby je. Doctor kata rahim okay, cuma rahim terbalik (retroverted uterus). Tapi itu tak mempengaruhi kesuburan pun. Retroverted uterus ni ibaratnya macam orang yang menulis guna tangan kiri. Golongan minoriti. Ecehh. Pastu aku tanya doctor pakar tu, betul ke ada cyst? Doctor tu pelik, dia cakap mana ada cyst? I scan through vagina, means lagi tepat. See, takde apa-apa pun. Don't worry. Ya Allah, leganya aku rasa. Start dari tulah husband aku tak bagi aku check kat doctor yang kata aku ada cyst tu. Huhu. 

Then, doctor tu suruh buat blood test. Masa tu tak sempat nak buat kat Melaka so aku bawak balik borang tu, buat kat klinik kat Batu Pahat je. Blood test tu nak tengok paras hormon dalam badan normal ke tak. After 3 days, klinik call untuk ambik result. Alhamdulillah, doctor kata hormon aku okay, takde problem.  So lepas tu fikir memang belum rezeki je. Supplement pun dah try jugak macam-macam. GLA Shaklee, Harum Malam, BlinQ, pati delima, susu kambing. Tapi kalau Allah kata belum rezeki, apa yang mampu kita buat kan.

Tahun 2014. Akak ipar (kakak husband) bersalin. Akak ipar(wife abang) 2 orang mengandung. Sedih! Sebab orang terus-terus dan terus bertanya. Kenapalah orang susah nak faham kan. Huhu. Sampailah masa lepas raya, husband suggest aku amik cuti tanpa gaji 3 bulan. Ikut dia duduk Kelantan. Aku pun ikut cadangan tu, terus apply. Alhamdulillah, diluluskan. Dan Allah memang mudahkan urusan kitorang masa tu. Husband carik homestay pun senang je dapat. Carik homestay sebab senang nak duduk 3 bulan, siap barang dalam rumah. RM 500 je sebulan pulak tu. 

Kebetulan, masa tu period aku jadi lagi. Delay 2 months. Kitorang decide waktu 3 bulan ni la nak usaha macam-macam bagi dapat baby. Huhu. So, sebulan lepas cuti tanpa gaji tu, akak ipar aku suggest pegi jumpa pakar gynea lain kat Putra Specialist Melaka tu. Kali ni jumpa doctor perempuan. Alhamdulillah, tak malu sangat. Dia check. Jawapan dia sama. Rahim takde problem and dia tunjuk aku bukan PCOS. Sebab telur aku berbeza saiz. Doctor suggest aku makan clomid since aku nak duduk dengan husband. Dia terus bagi 100mg. Makan dari period kedua sampai ke6. Dia bagi jugak ubat turun darah. Lepas seminggu makan ubat turun darah, period pun turun. Then hari kedua aku makan clomid.

Tapi cycle pertama clomid aku tak berjaya. Aku period ikut tarikh macam bulan November tu. Mungkin sebab time waktu subur aku banyak travel. Dari Kelantan-Batu Pahat-Melaka-Ipoh-Kelantan. Penat sangat kot. Masa bulan November tu jugak husband aku buat sperm test di Kota Bharu Medical Centre. Aku suka doctor tu. Detail betul dia terangkan kat kitorang. Dan result husband pun Alhamdulillah. Sperm takde prob.

Then, bila period datang bulan Disember tu, aku continue dengan clomid cycle kedua. Masa tu cuti tanpa gaji aku dah nak ke penghujungnya sebab Januari aku dah kena masuk ofis semula. Masa tu macam dah pasrah je. Masa hari ke-11, aku dah balik kampung. Husband ajak jumpa pakar yang bagi clomid ni. Dia scan and dia kata clomid dah bagi tindakbalas and dah banyak telur hampir matang. Dia kata, Inshaallah ada rezeki tak kemana. Tapi dia bekalkan lagi clomid untuk 2 cycle lagi in case kalau cycle kali kedua tu tak berjaya juga. Doctor kata biasanya maksimum orang akan makan clomid hingga 6 cycle tapi doctor nak bagi sampai 4 cycle je sebab aku punya tindakbalas cepat. Kalau tak berjaya hingga cycle ke 4 tu, dia nak check tiub pula.

Sampaila ke Januari. Aku dah start kerja. Awal Januari, bestfriend aku yang dah nak 4 tahun kawen bagitau dia pregnant. AKu happy tapi at the same time, sedih juga. Huhu. Aku menunggu tarikh 19/1 dengan sabar. Berdebar-debar. Period ke tak. Masa tu memang tak harap apa-apa. Siap plan dengan husband, husband patut balik bila sebab nak tunggu waktu subur, Hewhew. 

Akhirnya tarikh 19/1 muncul. Tapi tak juga period. Masa tu macam curious juga. Sebab setahu aku, after makan clomid, period akan tetap if tak lekat. Husband pun dah risau. Susah nak planning cuti nanti. Sampai dah delay 3 hari, husband kata try jela test UPT. Kalau negative, jumpa doctor. Petang tu, aku pun beli kat Guardian. Entah kenapa beli sampai 3 tester. Excited nak membeli sampai rupanya yang satu tu aku beli ovulation test. Haha.

Petang tu, nak mandi aku gatal test. Husband pesan buat esok pagi je tapi nak jugak test petang. Time lepas test, takde apa. Hmm. Hampa. terus je mandi. Siap mandi, tengok balik. Ehhhh?? Ada naik line tapi kabur. Masa tu aku nak senyum ke nak apa tak tahu lah. Siap fikir, UPT ni murah kot. So tak betul agaknya. Kekeke. Aku tunjuk mak aku, nampak ada berapa line. Mak cakap macam dua. Okayyyy. Aku snap picture, whatsapp kat husband. Husband biasalah. Ego. Dia kata jangan mengharap sangat. Esok pagi buat lagi sekali. AKu tunjuk kat kawan aku, dia kata confirm positive. tapi aku still taknak confident sangat.

Esok paginya, dengan excited aku test lagi. Dannn kali ni nampak terang. Alhamdulillah. Syukur tak terhingga. Aku terus call husband. Husband terus cakap, okay, esok abang balik. Amboih. Haha. So, hari tu jugak aku pegi jumpa doctor untuk confirmation. Sampai klinik, doctor suruh buat UPT lagi sekali. ANd the result is positive. Masa tu 4 weeks. Doctor bagi EDD 26/9/2015. 

Weekend tu balik Melaka, jumpa doctor yang buat treatment kat aku tu. Dia happy sangat. Dia scan and dia kata confirm. Dah ada kantung. And nak masuk 5 weeks. Dia bagi ubat kuat rahim Duphaston and asid folic.  Alhamdulillah, anugerah tak ternilai.

Sebenarnya, cuma Allah yang tahu macam mana usaha kami yang dah lama menunggu zuriat. Kadang-kadang kalau kita rasa macam dah terlalu banyak usaha tapi masih belum berhasil, kembali pada Dia. Mungkin doa kita belum cukup kuat. Amalan kita tak cukup lagi. Berserahlah pada-Nya. Dia sebaik-baik perancang. Cubalah solat hajat, amalkan dhuha. Aku juga kirim doa pada kawan-kawan yang pegi umrah. Mungkin doa mereka juga membantu.

Sekarang, usia kandungan masuk 9 weeks. Semoga kandungan ini dipelihara olehNya dan selamat semua hingga bersalin nanti. InshaAllah, bagi anda yang sedang berusaha, Allah Maha Mendengar. Teruskan berdoa tanpa putus asa. Dia bagi ujian sebab kita insan terpilih. Bersangka baik dengan Allah. 

Terima kasih sudi membaca. Entry ini hanya untuk berkongsi pengalaman. :)


1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete